welcome, selamat datang. tak payah follow pun.

bukan puisi cinta.

sedang aku duduk dalam masjid dibawah rimbunan hujan yang turun.
terdengar beberapa tua berbicara berkaitan hal-hal politik.

di mana bagaimana caranya kerajaan membazirkan duit rakyat dengan melakukan banyak tansaksi-transaksi haram.
di mana yang dahulunya tanah pambinaan masjid kini sedang rancak dilakukan pambinaan rumah-rumah mewah.

aku juga mendengar mereka berbicara tentang hala tuju pimpinan masjid yang entah kemana arahnya.
yang si tua sibuk hendak memimpin tapi masih di tampuk lama.
yang si muda tidak ada peluang untuk menyuarakan pendapat.
konklusinya sama-sama lah kita lihat dan tunggu.

aku gelak tertawa bersama mereka.
tetapi di dalam hati ku timbul pelbagai persoalan.
mengapa semua perkara sebegini boleh berlaku
ke mana hilangnya keadilan seorang pemimpin?
ke mana hilangnya sifat kasihan belas mereka terhadap rakyat di bawah pimpinannya?
ke mana hilangnya pemimpin yang bijaksana dan beragama?!

ayuh la wahai perjuang-perjuang ad-din sama-sama bersatu membina sebuah negara yang adil berlandaskan syariah.

TAKBIR !


#sejenak berkongsi ilmu.